Tuesday, June 14, 2016


Tuesday, May 3, 2016

PROGRAM PROSPEK KERJAYA BADAN BERUNIFORM

 Tarikh : 4 Mei 2016
Tempat : Dataran SMKR












MECERAP GERHANA MATAHARI DI SEKOLAH DAN SOLAT SUNAT GERHANA

Wednesday, March 9, 2016

Pada 9 Mac 2016 , bermula sebaik sahaja matahari terbit, seluruh Malaysia akan dapat menyaksikan Fenomena Gerhana Matahari Separa.
Fenomena Gerhana Matahari umumnya boleh berlaku apabila 3 jasad besar di angkasa lepas, Bumi, Bulan dan Matahari berada di dalam kedudukan selari.
Hasil daripada kedudukan yang unik ini, jasad Bulan akan berupaya menutupi jasad Matahari, lalu akan mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti biasa, dan akan kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya.
Pada lokasi-lokasi tertentu, jasad matahari akan hilang keseluruhannya, lalu terjadilah fenomena Gerhana Matahari Penuh. 
Bersempena dengan itu, maka pihak sekolah telah mengadakan aktiviti mencerap gerhana dan solat sunat gerhana bagi sesi aktiviti kokurikulum. 






Persiapan untuk Solat Sunat Kusuf..Taklimat kaifiat Solat Sunat Kusuf oleh Ustaz Sharifuddin





GOTONG ROYONG DITANJUNG TUAN

Saturday, March 5, 2016

Sekolah dengan kerjasama MPAG telah mengadakan program gotong royong 2016 di Tanjung Tuan. Pelajar bersama-sama guru akan membersihkan kawasan Tanjung Tuan, Melaka serta memulihara taman-taman dan mempertingkatkan kebersihan serta keceriaan kawasan Tanjung Tuan tersebut. Pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 4 Landskap dan guru-guru.
Gotong royong ini telah dilaksanakan pada 5 MAC 2016.

Panorama sekitar program gotong royong di Tanjung Tuan, Melaka










PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2015

Thursday, March 3, 2016

Alhamdulilah...2015..2016 adalah tahun barakah bagi SMK RAHMAT.
Pencapaian dalam keputusan SPM menampakan peningkatan.
Segala penah lelah guru yang mengajar terbayar dengan keputusan yang diperolehi. 
Salah seorang daripada pelajar SMK RAHMAT berjaya mendapat keputusan penuh 9A. 

Anak kepada Puan Siti Fatimah Binti Sidek berjaya mengharumkan nama sekolah. Siti Nabilah binti Mohd Khairi Yap merupakan seorang pelajar yang aktif disekolah dan juga merupakan tokoh pelajar bagi tahun 2015. 

Tahniah Nabila!!!


Panorama sekitar pengumuman keputusan SPM 2016