Program Akulah Juara......2010

Jumaat, 22 Januari 2010

Program ini telah berlangsung dengan jayanya.
Kehadiran para ibubapa dan penjaga sangat menggalakkan.
Tarikh: 23 Januari 2010
Hari: Sabtu
Mas: 8 pagi
Tempat: Dewan SMK Rahmat









Acara bermula pada pukul 8.45 setelah dewan dipenihi dengan para tetamu.
Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Radzi bin Mustafa.
Seterusnya acara diteruskan dengan ucapan Pengetua, Tn Hj Zulkapli bin Hj Othman.
Beliau mengharapkan agar pihak ibubapa dan penjaga sama-sama berusaha untuk meningkatkan kejayaan pelajar agar mendapat keputusan yangcemerlang.



Seterusnya ucapan disampaikan oleh Yang Berhormat Tn Hj Ismail bin Othman, bkt. Adun Kuala Linggi merangkap Pengerusi PIBG sekolah. Beliau juga mengharapkan agar semua pihak membantu bagi mempastikan kejayaan pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM dan PMR pada tahun 2010.




Acara seterusnya adalah sessi dialong antara pihak ibubapa dengan pihak sekolah telah diadakan.
Sessi ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada pihak ibubapa untuk bertanya dan berbincang untuk satu hasrat iaitu mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

Setelah selesai dengan sessi berdialog dengan ibu bapa, acara menandatangani akujanji pelajar dihadapan pengetua sambil disaksikan oleh ibu bapa dan pentadbir sekolah di adakan.
Seterusnya selepas menandatangani akujanji pelajar tingkatan 3 diberikan ceramah motivasi oleh kaunselor sekolah.
Program ini telah ditamatkan pada pukul 1.00 ptg setelah selesai ceramah motivasi.

3 comments:

jamil berkata...

Semoga usaha ini akan mendatangkan hasil yang cemerlang dan melonjakkan nama SMK Rahmat ke puncak kegemilangan

Salmah GPM SMKR berkata...

Tahniah SMK Rahmat telah transform budaya yang baru

syghuda berkata...

Tidak mustahil suatu hari nanti SMK Rahmat akan menjadi sekolah yang terbilang kerana mempunyai pelajar-pelajar yang cemerlang..InsyaAllah...