PROGRAM KEMPEN MEMBACA

Ahad, 7 November 2010

SMK RAHMAT , 78200 KUALA SG. BARU, MELAKA.

majlis pelancaran nilam dan PRORAM KEMPEN MEMBACA

(JANUARI – november) 2010

Tema:

“Generasi Membaca Era Digital”

Banyak Membaca, Hidup Berjaya, Bacalah…

Program dilaksanakan dalam dwi bahasa dan dikendalikan oleh juru acara yang berketrampilan dan hebat. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagaimana yang disarankan untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memantapkan Bahasa Inggeris.


Barisan pentadbir sekolah bersama wakil perasmi En. M. Hafiz B. Paijo,
Penolong Pengarah , BTPN Melaka dan En. Saiful Hadee B. Amar,
PTP PKG Pengkalan Balak.

Bual mesra Tuan Pengetua, Tn. Hj, Zulkapli B. Hj. Othman
bersama En. Mohd Hafiz bin Paijo selaku wakil perasmi.

Bagi memohon keberkatan majlis, Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Uztaz Abd. Ghani bin Saibot, Ketua Panitia Pendidikan Islam SMKR.

Ucapan aluan Tuan Pengetua, Tn. Hj. Zulkapli B. Hj. Othman
antara lain mengingatkan seluruh warga Rahmat peri pentingnya
membaca dalam kehidupan. Beliau juga menyatakan bahawa membaca boleh
dilakukan dimana-mana sahaja dan pada bila- bila masa.

Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil perasmi, En Mohd Hafiz bin Paijo, Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Melaka merasmikan majlis pada kali ini.

Persembahan "Bacaan Kegemaran Saya"oleh Saudara Mohd Nabil Fitri bin Saridon.


Mohd Zulfekar bin Wardi (2RK1) peminjam dan pembaca terbanyak bagi bulan Januari 2010 menerima hadiah daripada En. M. Hafiz B. Paijo.

Mohd Nabil Fitri B. Sharidon (5 Sains ) dinobatkan sebagai pembaca terbanyak dan telah mencatat sebanyak 302 buah buku sedang menerima hadiah daripada pihak sekolah.


Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada En Mohd Hafiz bin Paijo selaku perasmi sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah.

Sesi jamuan di Kafe Sri Rahmat.

Ceria-ceria Lensa Kamera

Pelajar-pelajar berkumpul di dataran perhimpunan


Guru - guru SMKR ceria dan khusyuk menghayati
perjalanan majlis. " Guru Pembina Negara Bangsa".




Guru yang bertugas menyediakan hadiah kepada pembaca terbanyak
dan cenderamata untuk tetamu yang merasmikan majlis.

Ehem-ehem ada apa-apa ke?

Terima kasih. Jom ke PSS,

Bangsa Membaca Bangsa Berjaya, Bacalah...

0 comments: