Program telah diadakan dan telah berlangsung dengan jayanya pada:-
Hari: Sabtu
Tarikh : 06/02/2010
Masa: 8.00 pagi
Selain ibubapa, wakil PIBG juga turut sama hadir dalam majlis ini. Ini menunjukkan PIBG dan pihak sekolah turut berganding bahu dalam membentuk dan melakar kecemerlangan SMK Rahmat

Ibubapa telah datang dan memberikan kerjasama yang baik dengan pihak sekolah.


Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Utz Firdaus

Seterusnya GPK HEM En Azmi bin Kasim telah memberikan ucapannya. Beliau telah berpesan supaya semua pihak melibatkan diri dalam usaha kecemerlangan sekolah.

Diikuti pula selepas itu, tuan pengetua Tn Hj Zulkapli bin Hj Othman memberikan ucapannya. Beliau telah merakamkan penghargaan kepada ibubapaa dan meminta ibubapa teruskan komitmen kepada kecemerlangan pelajar . Bersatu bersama melonjakkan kecemerlangan.

Sessi soaljawab : Para ibu bapa sedang bersoal jawab dan berbincang demi kemajuan pelajar semasa sessi soal jawab 
Seorang bapa sedang mengutarakan soalan kepada pihak pentadbir sekolah.

Bapa pelajar dan juga merupakan seorang pemandu bas yang membawa pelajar SMK Rahmat, sedang memberikan respon dan pendapat tentang perihal pelajar SMK Rahmat semasa menaiki bas beliau. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah kerana telah bersungguh-sungguh dalam usaha melonjakkan nama SMK Rahmat dalam pendidikan.
Penyerahan borang akujanji pelajar kepada pihak sekolah melalui penjaga yang hadir pada hari tersebut. Semoga harapan dan cita-cita semua pihak akan tercapai untuk merialisasikan SMK Rahmat terus cemerlang. Kesempatan yang ada, ibubapa berpeluang berjumpa dengan tuan pengetua dan berbincang

Program ini telah merapatkan jurang antara pihak sekolah dengan pihak penjaga.
Semua penjaga dan ibubapa sebenarnya berhasrat untuk melihat anak-anak mereka berjaya dengan cemerlang
Harapan seorang ayah, menggunung tinggi melihat anaknya berjaya.
Para bapa sedang beratur menunggu giliran untuk menyerahkan akujanji kepada tuan pengetua
Setelah selesai majlis ibubapa dan tetamu yang hadir diberikan jamuan ringan yang telah disediakan.

Agihan makanan sedang dilakukan oleh guru yang bertugas

Antara mereka yang hadir memeriahkan majlis sambil bertugas. Sebenarnya ramai lagi yang lain tetapi lensa kamera memilih beberapa gambar yang terpilih. Gambar yang tidak terpilih insyaallah akan dimasukkan dalam majlis yang lain pula..
Pengacara yang bertugas pada majlis tersebut

Guru yang turut berada dalam dewan mendengar taklimat yang disampaikan. Khusyuk dan tawaduk'

Orang kuat yang telah menyediakan kelengkapan pembesar suara untuk digunakan semasa majlis berlangsung, bertugas dengan penuh senyuman.

Walaupun membawa anak kecil, demi tugas hadir juga ke sekolah. Tahniah..

Datang membawa keluarga sambil bertugas menyediakan bungkusan makanan kepada ibu bapa dan tetamu yang hadir. Bukan seorang tapi 4 orang dibawa sekali.. Boleh bagi anugerah ni....

Pihak Sekolah merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan majlis ini. Terima Kasih.
0 comments:
Catat Ulasan