Bersempena dengan Minggu Kemanusiaan unit pendidikan Agama Islam telah mengadakan satu kursus mini haji bagi pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5. Kursus ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang jelas berkenaan cara-cara melakukan ibadah haji. Pelajar telah dikumpulkan di surau Smk Rahmat untuk mendengar taklimat awal sebelum melakukan praktikal.
Setelah mendengar taklimat daripada penceramah jemputan, para pelajar telah dibawa ke tempat yang telah ditetapkan untuk melakukan rukun-rukun haji. Antara praktikal yang telah dilakukan ialah, Melontar, Sa'i, dan Tawaf. Latihan praktikal memberikan satu pengalaman yang sukar dilupakan oleh para pelajar.
Setelah selesai melakukan latihan praktikal para pelajar berkumpul semula dalam surau untuk majlis perasmian penutup.
Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Tn Hj Zulkapli bin Hj Othman (pengetua). Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Utz Hishamudin bin Soleh selaku penceramah jemputan. Pihak Tabung Haji Masjid Tanah yang telah menyediakan replika "ka'abah", replika tempat melontar dan Sa'i. Penghargaan juga kepada Tn Hj Zulkapli bin Hj Othman kerana kesudiaan merasmikan majlis. Seterusnya kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan Kursus Mini Haji ini. Terima kasih.

Replika "Kaabah" yang menjadi tempat praktikal mini haji
Pelajar diajar cara-cara memakai kain ihram
Utz Hishamudin bin Soleh sedang memberikan penerangan kepada para pelajar cara-cara melakukan "Tawaf"
Pihak sekolah memerikan sumbangan kepada penceramah jemputan dan wakil tabung haji masjid tanah kerana menyediakan replika untuk Kursus Mini Haji
Setelah selesai , sedikit jamuan ringan telah di adakan di Cafe SRI Rahmat.
0 comments:
Catat Ulasan