Selamat Pengantin Baru

Isnin, 21 Jun 2010

Pada 5 dan 6 Jun 2010 telah tercatat sejarah apabila dua warga Smk Rahmat telah selamat menjadi suami isteri. Majlis telah berlangsung di rumah pengantin perempuan dan pengantin lelaki pada hari Ahad (6 jun 2010). Pasangan tersebut ialah En Darus Wadi dengan Pn Norazlinda Adam. Ekoran daripada itu satu majlis ringkas meraikan mempelai telah diadakan pada 21 Jun 2010 di Dataran Rahmat.

Encik Darus Wadi

Pn Norazlinda Adam

Acara dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada pasangan pengantin dan diikuti dengan majlis memotong kek perkahwinan.

Tn Hj Zulkapli bin Othman (pengetua)sedang bergurau dengan pasangan pengantin

Tn Hj Zulkapli bin Othman (pengetua) sedang menyampaikan hadiah kepada Pn Norazlinda

Tn Hj Zulkapli bin Othman (pengetua) sedang menyampaikan hadiah kepada En Darus Wadi


Pasangan pengantin sedang memotong kek perkahwinan

Bergambar kenangan bersama pentadbir sekolah

Kami mengucapkan selamat pengantin baru, panjang jodoh hingga ke akhir usia.
Amin

0 comments: