Program Khidmat Bantu SMK Rahmat-SK Othman Syawal

Rabu, 28 Julai 2010

Pada 28/7 SK Othman Syawal telah meminta jasa baik dari SMK Rahmat di bawah unit Bestari Squad untuk datang ke SK Othman Syawal bagi tujuan penyenggaraan 9 buah komputer di makmal sekolah tersebut yang mengalami kerosakan. Pihak SMK Rahmat yang terdiri daripada GPB, Juru Teknik, dan Fs Schoolnet telah pergi ke SK Othman Syawal pada pukul 9.35 pg. Memang benar terdapat 9 buah komputer yang mengalami masalah. Antara masalah yang di kesan ialah windows Corrupt, Cd Rom gagal berfungsi, AVR yang rosak (5 buah)dan NIC yang tiada 'Driver'. Kerja penyengaraan selesai lebih kurang pada pukul 1.45. 8 buah komputer telah dapat diselenggara. 1 tidak dapat di baiki kerana kerosakan cd rom yang tidak membolehkan kami membuat installasi semula. Sebelum pulang kami telah di jemput untuk menjamu sedikit jamuan ringan yang sedap dan sedikit buah tangan. Sesungguhnya kami rasa gembira kerana telah dapat membantu pihak yang memerlukan pertolongan kami. Disamping itu kami juga dapat membantu sekolah tersebut untuk meneruskan agenda p&p yang akan dilakukan dalam makmal komputer tersebut. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan membantu.

Gambar Khidmat Bantu

0 comments: