Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2010

Rabu, 22 September 2010

Pada hari Rabu bertarikh 22 September 2010, SMK Rahmat telah melancarkan majlis penutup Bulan Kemerdekaan. Majlis bermula pada pukul 8 pagi dengan dihadiri oleh tetamu jemputan iaitu Yang Berhormat Tn Hj Ismail bin Othman, (bkt). Adun Kuala Linggi merangkap Pengerusi PIBG SMK Rahmat. Ketibaan beliau disambut oleh pihak pentadbir sekolah dan seterusnya seluruh warga SMK Rahmat. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah sempena bulan kemerdekaan. Dikuti pula dengan persembahan pelajar dan seterusnya bacaan doa oleh Utz Firdaus Ishak, ucapan dari pengetua, Tn Hj Zulkapli bin Hj Othman. Akhir sekali ucapan dari tetamu jemputan Yang Berhormat Tn Hj Ismail bin Othman, (bkt). Majlis tamat kira-kira pada pukul 9.00 pagi.

Lensa kamera pada hari tersebut...

0 comments: