Perancangan Startegik HEM dan Ko Kurikulum telah diadakan pada hari Rabu(20/10/2010) bertempat di Bilik Gerakan SMK Rahmat. LADAP 6 dimulakan dengan Kata alu-aluan pengerusi majlis iaitu Puan Ninie Mazira, seterusnya bacaan doa oleh Ustaz Radzi bin Mustafa. Sejurus selesai bacaan doa ucapan daripada Tuan Pengetua pula dengar-dengarkan. Pelbagai pesanan dan sokongan telah diberikan.
Majlis diteruskan lagi dengan taklimat daripada GPK HEM, En Azmi bin Kasim berkaitan dengan pengurusan HEM, manakala Penggunaan Sistem E-Disiplin telah diterangkan oleh Tn Hj Md Rawi bin Mahmud. Program Ladap 6 diteruskan lagi dengan Taklimat daripada unit KO Kurikulum oleh En Hasan bin Md Shah.
Program diteruskan dengan pembahagian kumpulan untuk membuat Perancangan Strategik, Pelan Operasi dan Laporan mengikut unit, panitia dan persatuan untuk tahun 2011.
Ladap 6 tamat kira-kira pada pukul 5.15 petang.
Gambar-gambar yang sempat dirakamkan..
LADAP 6
Rabu, 20 Oktober 2010
Labels:
aktiviti
Posted by
SMKRahmat
at
Rabu, Oktober 20, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan