Seorang guru yang telah banyak berjasa serta menabur budi dan bakti akhirnya terpaksa akur dengan usia yang sangat mencemburui beliau untuk terus berkhidmat di SMK Rahmat. Beliau merupakan seorang yang sangat gigih dan tak pernah kenal penat dalam mendidik anak bangsa. Maka tepat pada tarikh 13 Januari 2011 semuanya warga Rahmat terpaksa akur dengan masa bahawa seorang guru yang bernama Tn Hj Rawi bin Mahmud terpaksa menjadi YB ( yang bersara). Sebuah majlis yang meriah telah diakan buat beliau sebagai mengenang jasa yang telah disumbangkan. Majlis telah diadakan di dua tempat tetapi masa yang berbeza. Sebelah pagi bertempat di Dataran Rahmat semua warga Rahmat telah berkumpul bagi meraikan insan yang terpilih ini. Bermula dengan nyanyian lagu kebangsaan, seterusnya pula doa, disusuli dengan persembahan pelajar dan mendengar ucapan dari Tn Pengetua, PPD Alor Gajah dan Tn Hj Rawi sendiri. Selesai majlis ucapan penyampaian watikah persaraan pula oleh pihak sekolah dan PPD Daerah Alor Gajah. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dari pihak sekolah dan pelajar untuk Tn Hj Rawi. Seterusnya majlis yang syahdu dan sedih telah menyelubungi seluruh sekolah semasa majlis "send off".
Pada sebelah petangnya pula satu Majlis Khas telah diadakan di sebuah resort tepian pantai Port Dickson iaitu Ilham Beach Resort. Majlis ini khas untuk Tn Hj Rawi dan guru-guru yang telah berpindah tempat bertugas. Majlis tamat pada pukul 5.30 petang
Kami di SMK Rahmat mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada Tn Hj Rawi diatas semua sumbangan yang telah diberikan. Terima Kasih Cikgu! Semoga Cikgu Sihat selalu...
Selamat Bersara Cikgu!
Khamis, 13 Januari 2011
Labels:
aktiviti
Posted by
SMKRahmat
at
Khamis, Januari 13, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan