Perasmian Minggu Teknik dan Vokasional

Isnin, 20 Jun 2011

MINGGU TEKNIK DAN VOKASIONAL – SMK RAHMAT

20 Jun 2011 -Minggu Teknik dan Vokasional telah bergabung dengan Minggu Koperasi. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasioanal, Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Tuan Hj Ahmad Tajudin bin Jab. Turut hadir bersama ialah Ketua Pen Pengarah Pembangunan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional KPM, En Wan Aziz bin Megat Zainun, Ketua Pen Pengarah Pengurusan Akademik ,Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasioanal KPM ,Pn Hjh Norrohani bt Othman, Ketua Unit Teknik dan Vokasional Jabatan Pelajaran Melaka, En Karim bin Tumin dan Pegawai Pelajaran Daerah Alor Gajah ,Tn Hj Kasim bin Mohamad.

Dalam ucapan Tn Pengetua, Tn Hj Zulkapli bin Othman, beliau melahirkan rasa bangga dan bersyukur dengan kesudian Tuan Pengarah hadir ke SMK Rahmat untuk merasmikan minggu tersebut. Walaupun kekangan masa dan komitmen beliau yang sibuk di kementerian, beliau dapat meluangkan masa untuk hadir dan turun padang melihat sendiri keperluan sekolah di bawah bidang teknik dan vokasioanal. Tn Pengetua turut merakamkan ucapan terima kasih kepada penyelaras program tersebut, Pn Mazlina bt Mohammed, GKMP Teknik dan Vokasioanal yang berjaya menganjurkan majlis tersebut dengan tema – Teknik dan Vokasional – 1 Trasformasi Pendidikan

Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasioanal,KPM Tn Hj Ahmad Tajudin bin Jab dalam ucapan perasmiannya melahirkan rasa bangga dengan pihak sekolah yang telah berjaya menganjurkan minggu tersebut walaupun keadaan cuaca mendung. Tayangan video korporat tentang pendidikan teknik dan vokasional turut ditayangkan kepada guru dan murid. Beliau menekankan bahawa transformasi dalam pendidikan teknik dan vokasioanal perlu dilakukan selari dengan keperluan negara yang memerlukan tenaga mahir dan separuh mahir pada tahun 2015. Pelajar perlu mempunyai kemahiran dan menjadikannya sebagai satu peluang kerjaya untuk bergelar usahawan. Pelajar-pelajar yang mengambil matapelajaran MPV tidak perlu berasa rendah diri kerana peluang mereka untuk menjana pendapatan sendiri terbuka luas dan terjamin. Bidang pendidikan teknik dan vokasional di negara kita hanya 10 peratus berbanding negara jiran seperti Thailand,Vietnam dan Singapura yang 40-60 peratus pelajarnya menguasai kemahiran vokasional .

Sempena program tersebut, Tn Pengarah bersama tetamu jemputan yang lain turut melawat bengkel catering dan penyajian, bengkel landskap dan bengkel kemahiran hidup. Beliau meluangkan masa hampir 1 jam melawat tempat tersebut. Lawatan beliau diakhiri dengan persembahan powerpoint tentang transformasi pendidikan teknik dan vokasioanal dari KPM.

Ketibaan tetamu kehormat disambut dengan paluan kompang dan persembahan silat

Tetamu VIP berada di pentas utama sekolah sebelum majlis bermula

Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasioanal,KPM Tn Hj Ahmad Tajudin bin Jab sedang menyampaikan ucapannya dan seterusnya merasmikan majlis
Penyampaian cenderamata kepada, Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasioanal,KPM
Tn Hj Ahmad Tajudin bin Jab kerana kesudian merasmikan majlis

Lawatan ke bengkel KH, dan MPV


Bergambar kenangan bersama Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasioanal, Kementerian Pelajaran Malaysia, Tuan Hj Ahmad Tajudin bin Jab. (6 dari kiri) Turut hadir bersama ialah Ketua Pen Pengarah Pembangunan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional KPM, En Wan Aziz bin Megat Zainun( 4 dari kiri), Ketua Pen Pengarah Pengurusan Akademik ,Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasioanal KPM ,Pn Hjh Norrohani bt Othman,( 3 dari kiri) Ketua Unit Teknik dan Vokasional Jabatan Pelajaran Melaka, En Karim bin Tumin (5 dari kiri) dan Pegawai Pelajaran Daerah Alor Gajah ,Tn Hj Kasim bin Mohamad (8 dari kiri) dan Tn Pengetua, Tn Hj Zulkapli bin Othman, ( 7 dari kiri).

Kami pihak sekolah merakamkan jutaan penghargaan kepada semua yang telah terlibat dalam majlis ini. Terima kasih

0 comments: