Majlis Khatam Al Quran dan Sumbangan Hari Raya

Rabu, 24 Ogos 2011

Pada 24 Ogos 2011, yang lalu SMK Rahmat telah mengadakan Majlis Khatam Al Quran dan Majlis sumbangan hari raya kepada mereka yang terpilih. Majlis bermula pada pukul 8 pagi. Tetamu jemputan pada majlis tersebut ialah Tn Hj Mohamad Yusoff bin Osman, Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka, sebagai perasmi, YB Datuk Ar Tn Hj Ismail bin Othman, ADUN Kuala Linggi, Tn Hj Kasim Bin Mohamad, Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah. Turut hadir pada majlis tersebut ialah para ibu bapa dan penjaga yang mewakili para pelajar yang mendapat sumbangan tersebut.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Utz Radzi bin Mustafa dan diikuti dengan majlis Khatam Al Quran daripada pelajar yang telah terlibat. Seterusnya Majlis ucapan dari Tuan Pengetua SMK Rahmat Tn Hj Zulkapli bin Hj Othman, diikuti oleh YB Datuk Ar Tn Hj Ismail bin Othman seterusnya ucapan daripada Perasmi iaitu Tn Hj Mohamad Yusof bin Osman. Selain merasmikan majlis beliau juga turut merasmikan ASTAKA RAHMAT yang baru siap dibina dan DATARAN RAHMAT yang baru siap di turap semula.
Selesai majlis perasmian, penyampaian hadiah dan cenderamata diteruskan kepada pelajar yang terlibat dengan Majlis Khatam Al Quran. Majlis penyampaian ini disempurnakan oleh YB Datuk Ar Tn Hj Ismail bin Othman .
Seterusnya pula ialah majlis penyerahan sumbangan hari raya kepada penjaga pelajar yang telah terpilih. Majlis penyerahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Melaka.
Majlis tamat pada pukul 9.20 pagi


Ketibaan tuan Pengarah Pelajaran disambut oleh barisan pentadbir sekolah

Di serikan lagi dengan paluan kompang dan bunga manggar

PPD Alor Gajah Tn Hj Kasim Bin Mohamad juga turut serta dalam majlis ini

Tuan Pengetua sedang membincangkan sesuatu dengan Tn Pengarah

Tn Hj Mohamad Yusoff bin Osman
Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka

Plak untuk perasmian Dataran Rahmat dan Astaka Rahmat

Pengacara majlis yang bertugas Pn Hasnida binti Othman

Bacaan doa dipimpin oleh Utz Radzi bin Mustafa

Antara pelajar Rahmat yang hadir pada majlis tersebut

Majlis Khatam Al Quran antara program yang mula-mula dilaksanakan

Barisan Ibu bapa dan penjaga yang hadir untuk mengambil bantuan hari raya

Tn Pengetua SMk Rahmat sedang menyampaikan ucapannya

YB Datuk Ar Tn Hj Ismail bin Othman sedang menyampaikan ucapannya.

Tn Pengarah Pelajaran sedang menyampaikan ucapannya

Pengarah sedang menandatangani plak untuk perasmian majlis

Plak yang telah ditandatangani

Penyampaian cenderamata kepada pelajar yang Khatam Al Quran

Penyampaian cenderamata kepada pelajar yang Khatam Al Quran


Penyampaian sumbangan hari raya kepada ibu bapa penjaga yang terpilih

Penyampaian sumbangan hari raya kepada ibu bapa penjaga yang terpilih

Penyampaian sumbangan hari raya kepada ibu bapa penjaga yang terpilih


Penyampaian sumbangan hari raya kepada ibu bapa penjaga yang terpilih

Penyampaian sumbangan hari raya kepada ibu bapa penjaga yang terpilih

Antara ibu bapa yang hadir dalam majlis tersebut

Pengarah menyampaikan amanat dan pesanan kepada semua guru SMK Rahmat dibilik mesyuarat

0 comments: