Sesi persekolahan tahun 2012 telah pun bermula pada 4 Januari 2012. Seperti tahun - tahun sebelumnya SMK Rahmat dikunjungi oleh ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka untuk urusan persekolah. Kali ini SMK Rahmat telah juga dikunjungi oleh Datuk Ar Tn Hj Ismail bin Othman ADUN Kuala Linggi dan Pegawai Pelajaran Daerah Tn Hj Kasim bin Mohamad. Kehadiran beliau adalah untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada pelajar yang telah berjaya dengan cemerlang dalam PMR 2011. Kehadiran Pegawai Pelajaran daerah juga adalah untuk merasmikan pelancaran Program Basmi Ponteng, Program Zoom 5 minit dan Program Guru Penyayang. Pihak sekolah mengucapakan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis pada hari pertama sekolah tahun 2012.
Barisan tetamu jemputan dan pentadbir sekolah
0 comments:
Catat Ulasan