Pelancaran NILAM SMK Rahmat 2012

Selasa, 14 Februari 2012

Pelancaran ini telah dilaksanakan seperti ketetapan berikut:-

Hari: Selasa
Tarikh: 14 Feb 2012
Tempat: Dataran Rahmat
Masa: 7.30 pagi
Perasmi: En Raifudeen bin Abd Latif
Ketua Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Zon Masjid Tanah

Ketibaan tetamu jemputan disambut oleh Pentadbir sekolah dengan iringan paluan kompang daripada pasukan kompang sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Utz Ghani Saibot semoga majlis mendapat keberkatan dari mula hingga akhir. Majlis disambung dengan ucapan daripada pengetua SMK Rahmat Tn Hj Zulkapli Bin Othman dan diikuti pula dengan ucapan daripada tetamu jemputan En Raifudeen bin Abd Latif selaku perasmi yang dijemput. Acara diteruskan lagi dengan ulasan buku oleh Saudari Rozita Ishak selaku tokoh nilam sekolah. Majlis tamat pada pukul 9 pagi setelah penyampaian fail Nilam untuk semua tingkatan kepada Penyelaras tingkatan . Semoga semua pelajar akan dapat memupuk semangat minat membaca dan menjadi budaya dalam kehidupan sehari-hari

0 comments: