LATAR BELAKANG
Kejohanan Merentas Desa SMK RAHMAT merupakan acara
tahunan yang mesti dilaksanakan setiap tahun sebelum menjelangnya
kejohanan sukan tahunan sekolah. Kejohanan ini melibatkan semua pelajar
iaitu pelajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Melalui acara inilah
bakat-bakat pelajar dalam bidang sukan akan dapat dicungkil dan didik supaya
mencapai kecemerlangan di bidang sukan.
RASIONAL
Kejohanan Merentas Desa ini bertujuan untuk
membentuk dan melahirkan pelajar yang cergas, progresif dan berdaya saing demi
memastikan kemenjadian pelajar sebagai insan yang seimbang dan harmonis dan
menghargai alam sekitar. Program ini juga turut melibatkan semua pelajar dalam
acara sukan demi melahirkan pelajar yang cergas dan aktif dalam bidang sukan.
MATLAMAT
Kejohanan Merentas Desa ini bertujuan
untuk menarik minat pelajar-pelajar dalam bidang sukan dan dapat membentuk
serta melahirkan pelajar yang berkeyakinan diri dengan mempertingkatkan
kebolehan dalam bidang sukan dan mempersiapkan pelajarbagi Kejohanan Merentas Desa MSSD yang akan datang.
Program ini juga bertujuan menyahut seruan kerajaan dalam melibatkan pelajar
secara menyeluruh dalam bidang sukan selaras dengan dasar 1 Murid 1 Sukan
yangtelah diperkenalkan.
OBJEKTIF
- Meningkatkan
kebolehan, kemahiran, dan bakat pelajar.
- Memupuk
dan menyuntik semangat kesukanan di dalam diri pelajar sekolah.
- Mewujudkan
semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta meningkatkan daya tahan pelajar.
- Guru
dapat mengenalpasti pelajar yang berpotensi dan berbakat di dalam bidang
sukan.
- Pelajar
dapat mengumpul dan menyumbang mata untuk rumah sukan masing-masing.
- Memastikan
pelajar-pelajar akan berkembang secara seimbang dari segi jasmani, rohani,
emosi dan intelektual.
- Memperkembangkan
kemahiran pengurusan diri, disiplin, mendengar dan mematuhi arahan.
Panaorama semasa Program ini berlangsung :
0 comments:
Catat Ulasan