MECERAP GERHANA MATAHARI DI SEKOLAH DAN SOLAT SUNAT GERHANA

Rabu, 9 Mac 2016

Pada 9 Mac 2016 , bermula sebaik sahaja matahari terbit, seluruh Malaysia akan dapat menyaksikan Fenomena Gerhana Matahari Separa.
Fenomena Gerhana Matahari umumnya boleh berlaku apabila 3 jasad besar di angkasa lepas, Bumi, Bulan dan Matahari berada di dalam kedudukan selari.
Hasil daripada kedudukan yang unik ini, jasad Bulan akan berupaya menutupi jasad Matahari, lalu akan mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti biasa, dan akan kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya.
Pada lokasi-lokasi tertentu, jasad matahari akan hilang keseluruhannya, lalu terjadilah fenomena Gerhana Matahari Penuh. 
Bersempena dengan itu, maka pihak sekolah telah mengadakan aktiviti mencerap gerhana dan solat sunat gerhana bagi sesi aktiviti kokurikulum. 






Persiapan untuk Solat Sunat Kusuf..Taklimat kaifiat Solat Sunat Kusuf oleh Ustaz Sharifuddin





0 comments: