LADAP PERTAMA

Ahad, 28 Mac 2010

Pada hari Sabtu( 27 Mac 2010) yang lalu SMK Rahmat telah mengadakan LADAP Pertama tahun 2010. LADAP kali ini menjurus kepada BUDAYA KERJA CEMERLANG. Ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Cik Hjh Jamilah binti Ismail (Pengetua SMK Telok Mas, Melaka). Majlis ini telah diadakan di Pejabat JEPERUN Dun Kuala Linggi, Pekan Kuala Sungai Baru.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Utz Radzi bin Mustafa

Seterusnya pengetua SMK rahmat telah menyampaikan ucapan ringkas beliau

Diikuti pula ceramah dari tetamu jemputan Cik Hjh Jamilah binti Ismail yang bertajuk
Budaya Kerja Cemerlang


Pengetua menyampaikan cenderamata kepada tetamu jemputan


Antara mereka yang dapat di Shoot pada hari tersebut.. kepada gambar yang tiada harap maaf .. insyallah aktiviti yang lain gambar anda akan terpapar jua.
Terima Kasih dan peghargaan kepada YB Tn Hj Ismail bin Othman, bkt. Adun Kuala Linggi kerana kesudian beliau membenarkan majlis dibuat dipejabatnya.




Guru Bertugas Mingguan

Khamis, 18 Mac 2010

Tarikh bertugas : 22Mac 2010 hingga 26 Mac 2010 (Minggu 11)

Guru bertugas:
1. En Maarop bin Ithnin
2. Pn Fatibah binti Majid
3. Cik Rohazni binti Ishak
4. Cik Tee Chu Suan

Tarikh bertugas : 29 Mac 2010 hingga 2 April 2010 (Minggu 12)

Guru bertugas:
1. En Azman bin Mashudi
2. Pn Halimahton binti Ayob
3. Pn Roshaliza binti Harmaini
4. Pn Siti Norfizah binti Mahadi

Selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. 1 rahmat, Murid didahulukan, Akademik Diutamakan

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2010

Sabtu, 13 Mac 2010

Pada 12 Mac 2010 bersamaan 26 Rabiulawal 1431H yang lalu SMK Rahmat di bawah Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Tema sambutan maulidurrasul pada tahun ini ialah Memantapkan Ukhuwwah Memperkasakan Ummah. Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin oleh semua warga SMK Rahmat . Selesai bacaan Yassin satu majlis Ceramah telah diadakan. Ceramah telah disampaikan oleh Utz Mohd Asri Abdullah dari Kolej Matrikulasi Londang.


Utz Ghani Saibot sedang menayampaikan ucapan alu-aluan beliau semasa majlis tersebut.

Diikuti pula ucapan daripada Tuan Penetua, Tn Hj Zulkapli bin Othman.

Seterusnya, Ceramah telah disampaikan oleh Utz Mohd Asri bin Abdullah.

Acara akhir, penyampaian cenderamata kepada penceramah jemputan


Pelancaran Minggu Teknik dan Voaksional 2010

Jumaat, 12 Mac 2010

Pelancaran minggu teknik dan vokasional telah dilancarkan pada 1 Mac 2010 hingga 5 Mac 2010. Pelancaran majlis tersebut telah dirasmikan oleh En Karim bin Tumin, Ketua Unit Teknik dan Vokasional JPN. Tema yang dipilih pada tahun ini ialah TRANFORMASI TEKNOLOGI ERA GLOBALISASI. Pelbagai pertandingan telah diadakan sepanjang minggu teknik dan vokasional antaranya pertandingan membuat kek, memasak, mereka fesyen, menganyam ketupat, buku skrap dan mereka cipta dari bahan yang terbuang. Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Rahmat, Tn Hj Zulkapli bin Othman pada 12 Mac 2010. Semasa majlis penutupan ini juga penyampaian hadiah kepada pemenang telah disampaikan. Kepada para pemenang tahniah diucapkan dan kepada yang tidak berjaya boleh cuba lagi tahun hadapan. Sekian.

Berikut adalah beberapa keping gambar semasa Minggu Teknik Dan Vokasional 2010
Pengacara yang bertugas pada hari perasmian, Em Maarop Ithnin dan Pn Saodah Siraj


En Karim bin Tumin, Ketua Unit Teknik dan Vokasional JPN dan Tuan pengetua SMK Rahmat

Pn Maslina, GKMP Teknik dan Vokasional sedang menyampaikan ucapannya.

Pelancaran majlis tersebut telah dirasmikan oleh En Karim bin Tumin, Ketua Unit Teknik dan Vokasional JPN.

Gimik Perasmian, Custom Robotik untuk acara perasmian






Penyampaian Cek Insurans kepada Penjaga

Khamis, 11 Mac 2010


Satu majlis ringkas penyampaian Cek Insurans telah diadakan dalam bilik Tuan Pengetua pada 9 Mac 2010. Cek tersebut telah disampaikan oleh Tuan Pengetua kepada Ibu, arwah Nurain binti M.Sani yang telah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 9/11/2009

En Azmi sedang memperkatakan sesuatu kepada pihak penjaga yang datang.

Inilah ibu bapa allahyarhamah Nurain

Tuan Pengetua sedang menyampaikan cek bernikai RM5 ribu kepada ibu allahyarhamah

Surat akuan terima sumbangan cek daripada sekolah oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

Allahyarhamah Nurain pelajar tingkatan 4MPV yang telah kembali ke rahmatullah pada
10 Nov 2009
Al-Fatihah...

5MPV dan 1RK2 Juara Pertandingan 3K

Isnin, 1 Mac 2010


Suasana di dalam kelas 5MPV


Harapan guru dan pelajar pada 2010

Para pelajar 5MPV


Kolam ikan


Pintu masuk ke Tingkatan 5MPV

Anugerah dan pencapaian yang telah diperolehi


Jadual waktu P&P kelas ini

Sudut maklumat dan bacaan

Taman dan kolam ikan yang terdapat di kelas ini.