Pada 12 Mac 2010 bersamaan 26 Rabiulawal 1431H yang lalu SMK Rahmat di bawah Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Tema sambutan maulidurrasul pada tahun ini ialah Memantapkan Ukhuwwah Memperkasakan Ummah. Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin oleh semua warga SMK Rahmat . Selesai bacaan Yassin satu majlis Ceramah telah diadakan. Ceramah telah disampaikan oleh Utz Mohd Asri Abdullah dari Kolej Matrikulasi Londang.
Utz Ghani Saibot sedang menayampaikan ucapan alu-aluan beliau semasa majlis tersebut.
Diikuti pula ucapan daripada Tuan Penetua, Tn Hj Zulkapli bin Othman.
Seterusnya, Ceramah telah disampaikan oleh Utz Mohd Asri bin Abdullah.
0 comments:
Catat Ulasan