Pelancaran Minggu Teknik dan Voaksional 2010

Jumaat, 12 Mac 2010

Pelancaran minggu teknik dan vokasional telah dilancarkan pada 1 Mac 2010 hingga 5 Mac 2010. Pelancaran majlis tersebut telah dirasmikan oleh En Karim bin Tumin, Ketua Unit Teknik dan Vokasional JPN. Tema yang dipilih pada tahun ini ialah TRANFORMASI TEKNOLOGI ERA GLOBALISASI. Pelbagai pertandingan telah diadakan sepanjang minggu teknik dan vokasional antaranya pertandingan membuat kek, memasak, mereka fesyen, menganyam ketupat, buku skrap dan mereka cipta dari bahan yang terbuang. Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Rahmat, Tn Hj Zulkapli bin Othman pada 12 Mac 2010. Semasa majlis penutupan ini juga penyampaian hadiah kepada pemenang telah disampaikan. Kepada para pemenang tahniah diucapkan dan kepada yang tidak berjaya boleh cuba lagi tahun hadapan. Sekian.

Berikut adalah beberapa keping gambar semasa Minggu Teknik Dan Vokasional 2010
Pengacara yang bertugas pada hari perasmian, Em Maarop Ithnin dan Pn Saodah Siraj


En Karim bin Tumin, Ketua Unit Teknik dan Vokasional JPN dan Tuan pengetua SMK Rahmat

Pn Maslina, GKMP Teknik dan Vokasional sedang menyampaikan ucapannya.

Pelancaran majlis tersebut telah dirasmikan oleh En Karim bin Tumin, Ketua Unit Teknik dan Vokasional JPN.

Gimik Perasmian, Custom Robotik untuk acara perasmian






0 comments: