Tarikh : 24 dan 25 April 2010
Hari: Sabtu dan Ahad
Tempat: Putra Sayang Resort
Kursus ini telah diadakan di Chalet Putra Sayang selama 2 hari 1 malam.
Pelajar yang terlibat merupakan pemimpin pelajar terdiri daripada para pengawas sekolah, pengawas perpustakaan dan pengawas koperasi. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para peserta tentang pemimpin, kepimpinan dan kepemimpinan.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sebagai pengisian program.

Tempat berlangsungnya Kursus Kepimpinan Pelajar Smk Rahmat 2010

Majlis Persamian telah dirasmikan oleh Insp Andi Mohd Rais bin Bachok, Pegawai Perhubungan Sekolah. Turut hadir ialah Gpk Hem En Azmi bin Kasim dan Guru Pengawas En Ma'arop bin Ithnin

Pn Hasnida, Kaunselor Smk Rahmat sedang memenuhi pengisian program, turut dibantu oleh kaunselor yang lain iaitu En Mohd Saberi dan Cik Nor Zawani

Pembentangan hasil kerja kumpulan

Pelajar diberikan peluang untuk menunjukkan keyakinan membentangkan hasil kerja kumpulan
0 comments:
Catat Ulasan