Minggu Bahasa 2010

Isnin, 3 Mei 2010


Minggu Bahasa Smk Rahmat 2010
Majlis pelancaran telah dilaksanakan pada 3 Mei 2010. Perasmian telah disempurnakan oleh En Mohd Hassan Bin Abdullah Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Melaka.

Pengacara yang memikul tanggungjawab dalam majlis tersebut. Dilaksana menggunakan dwi bahasa. Cik Sopia Lina dan Cik Sharleena

Pn Hjh Saadiah selaku guru GKMP Bahasa sedang menyampaikan ucapannya


Tn Hj Zulkapli Pengetua SMK Rahmat sedang menyampaikan ucapannya kepada semua hadirin.


En Mohd Hassan bin Abdullah sedang memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis

Gimik perasmian berbalas pantun dan memukul gong tanda majlis sudah dirasmikan

Persembahan koir daripada palajar yang mengambil bahagian. Nyanyi menggunakan bahasa melayu dan bahasa cina


Persembahan sajak daripada dua orang wakil pelajar Sdr Balqis dan Sdr Luqman


Persembahan 1 Malaysia, menggabungkan tiga bangsa dan menggunakan 3 bahasa
sangat menarik minat semua hadirin dan mendapat tepukan gemuruh.





Persembahan sajak daripada pelajar Pendidikan Khas yang bertajuk "aku, dia dan kamu' yang menyentuh hati dan perasaan.





Sebelum majlis tamat, majlis penyampaian cenderamata kepada perasmi sebagai tanda terima kasih kerana kesudiannya hadir dan merasmikan majlis

Jamuan ringkas diadakan di kafe Sri Rahmat.

Jawatankuasa Bidang Bahasa mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis.

0 comments: