Pelancaran Minggu Sains Matematik 2010

Isnin, 5 April 2010

Pada 5 April 2010, SMK Rahmat di bawah Unit Sains dan Matematik telah melancarkan Minggu Sains dan Matematik peringkat sekolah yang bertema "Sains dan Matematik Asas Teknologi". Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan. Seterusnya diikuti dengan ikrar wakil pelajar. Setelah selesai ikrar wakil pelajar, bacaan doa oleh Utz Radzi bin Mustafa bagi memohon keberkatan yang maha Esa. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Ketua Bidang Sains dan Matematik iaitu Pn Hjh Hamidah binti Salim. Ucapan Tuan Pengetua, Tn Hj Zulkapli bin Othman pula menyusul bagi menyerikan majlis selepas ucapan ketua bidang. Setelah selesai ucapan tuan pengetua, ucapan tetamu jemputan iaitu En Ariff bin Abd Jalil selaku perasmi majlis pula didengarkan. Seterusnya tetamu dan pentadbir sekolah telah dibawa ke tempat pameran sains dan matematik yang diadakan di makmal 3. Majlis diakhirri dengan jamuan ringkas di Kafeteria Sri Rahmat..
Cik Lee Sok Leng dan En Zaidi bin Hamzah menjalan tugas sebagi pengacara pada majlis tersebut
Utz Radzi Mustafa sedang membaca doa pada majlis tersebut

PengetuaSMK Rahmat dan En Ariff, Penolong Pengarah Akademik Sains, JPN Melaka, sebagai perasmi majlis.
Ketua Bidang Sains Matematik sedang menyampaikan ucapannya menggunakan dwi bahasa. (BMBI)
Ucapan daripada pentadbir sekolah Tn Hj Zulkapli bin Othman, Pengetua Smk Rahmat.


En Ariff, Penolong Pengarah Akademik Sains, JPN Melaka, sedang menyampaikan ucapannya dan seterusnya merasmikan majlis.

Pelajar- pelajar yang telah mengambil bahagian bagi menjayakan minggu sains matematik

Pelajar sedang menyampaikan sajak

Dengan penuh semangat menyampaikan sajak

Tuan Pengetua sedang menyampaikan cenderamata kepada perasmi En Ariff bin Abd Jalil



Guru-guru sedang melihat pameran yang dibuat dimakmal 3

Pn Hjh Hamidah binti Salim sedang memberikan penerangan kepada En Ariff dan pengetua dibilik pameran
Tuan Pengetua dan En Ariff sedang melihat pameran yang diadakan

Berbagai peralatan yang dipamerkan

En Hassan GPK Ko Kurikulum sedang mencuba alat memeriksa tekanan darah. Macam mana dengan tekanan darah.. ok ke?

0 comments: