Sumbangan Kebajikan Pelajar

Isnin, 5 April 2010

Satu majlis ringkas telah diadakan di bilik pengetua. Majlis penyampaian sumbangan kebajikan daripada Unit kebajikan sekolah, kepada pelajar yang telah kematian ibu dan bapa pada 13 Mac 2010. Pelajar- pelajar tersebut kini tinggal bersama bapa saudara di Negeri Sembilan. Diharapkan pelajar-pelajar ini akan tabah dan sabar dalam kehidupan.Tuan Pengetua Tn Hj Zulkapli bin Othman (kanan) dan GPK Hem En Azmi bin Kasim (kiri) turut melahirkan rasa simpati kerana kematian ibubapa pelajar tersebut.
Majlis ringkas diadakan sebagai rasa simpati dan rasa tanggungjawab pihak sekolah kepada pihak yang mendapat kesusahan.

Nanthini dan Logan Thiran berserta 2 lagi adiknya(tiada dalam gambar) yang telah menjadi yatim piatu selepas ini akan tinggal bersama pakciknya di Seremban dan akan bersekolah di SMK Seremban Jaya.
Pengetua menyampaikan sumbangan kepada wakil pelajar yang selepas ini akan menjadi penjaganya.

0 comments: