Ladap 3 tahun 2010

Sabtu, 15 Mei 2010

Latihan Dalam Perkhidmatan telah diadakan pada :
Tarikh: 15 Mei 2010
Hari: Sabtu
Tempat: Dataran Rahmat, Dewan Smk Rahmat
Ladap ini telah dilaksanakan dengan melakukan beberapa aktiviti yang telah dirancangkan antaranya Senamseni, Ceramah Denggi dan Program Gotong Royong.

Tn Hj Zulkapli bin Othman sedang menyampaikan ucapan ringkas dan membacakan tentatif program pada hari tersebut

Program senam seni sedang dilaksanakan


Antara guru-guru yang terlibat dalam program tersebut.

Permulaan program didahului dengan acara kecergasan badan. Senamseni yang telah diketuai oleh En Saberi bin Minhat. Berbagai gaya dan cara dapat diperhatikan.


Program diteruskan dengan mendengar ceramah dan penerangan tentang bahaya demam denggi dari pegawai kesihatan Kuala Sungai Baru. Selepas ceramah, sessi soal jawab pula diadakan.

Antara yang turut hadir mendengarkan ceramah tentang Bahaya Denggi
Tuan pengetua menyampaikan cenderamata kepada penceramah jemputan
Program diteruskan lagi dengan melakukan gotong royong sekeliling kawasan sekolah. Gotong royong kali ini lebih tertumpu kepada kecerian kawasan sekolah. Beberapa kumpulan telah di tugaskan untuk membuat MURAL lambang '1' malaysia pada setiap tiang bangunan sekolah.




Membuat kain rentang sempena hari guru



Program tamat pada pukul 2 ptg

0 comments: