Pada 9 Mei 2010 yang lalu SMK Rahmat telah menghantar 4 orang peserta untuk menyertai pertandingan Spell It Right Challenge (SIR) yang diadakan di Mahkota Parade Bandar Hilir Melaka. Pertandingan disertai oleh 24 buah sekolah seluruh negeri Melaka dan setiap sekolah disertai oleh empat orang pelajar. Pertandingan ini di anjurkan oleh RHB dan News Straits Times dengan kerjasama KPM. SMK Rahmat menghantar empat orang peserta iaitu Siti Nur Amalina binti Abdul Aziz (4 Sn 1), Mohd Nur Hidayat bin Razlan (4pa), Go Wei Sheng (4Sn 1) dan Mohd Zulfikar bin Wardi (2rk1). Keputusannya Mohd Zulfikar bin Wardi telah mendapat tempat ketiga dan membawa pulang hadiah RM 2000. Tahniah kepada para pemenang.
Tahniah!!!!!!
0 comments:
Catat Ulasan