Ladap 4 tahun 2010

Khamis, 27 Mei 2010

Pada 27 Mei yang lalu Ladap 4 telah dilaksanakan dengan jayanya. Ladap kali ini ialah bertajuk Sistem Pengurusan Pentadbiran Berasaskan ICT.
Matlamat Ladap kali ini ialah:
Agar guru-guru menggunakan kemudahan ict untuk memudahkan pengguna dalam melaksanakan pengurusan maklumat dan menambahbaik sistem pengurusan pentadbiran di sekolah.

Objektif Ladap pula:
1.Menggunakan sistem rangkaian sekolah untuk mendapatkan dan menghantar maklumat dengan mudah dan cepat.
2. Menjimatkan masa dan tenaga dalam proses melaksanakan sesuatu tugas yang diamanahkan

En Wan Marzuki sebagai pegacara program Ladap tersebut.

Tn Hj Zulkapli bin Othman (pengetua) sedang menyampaikan ucapan kepada semua guru dalam program tersebut.

En Jamil Hashim sedang menyampaikan inipati kandungan Ladap kepada semua guru.


Para guru sedang memberikan tumpuan kepada slide yang dipaparkan.
Diharapkan semua guru dapat mempraktikan segala ilmu yang telah dikongsi bersama untuk manfaat semua.

0 comments: