Program Peningkatan Prestasi pelajar (3P)

Selasa, 25 Mei 2010

Pada 25 Mei yang lalu pihak MARA telah datang ke SMK Rahmat untuk membincangkan berkenaan Program Peningkatan Prestasi Pelajar (3P) untuk pelajar yang akan mengambil SPM pada tahun 2010. Program ini adalah anjuran MARA dengan kerjasama PPD Alor Gajah.

Program ini bertujuan untuk memberikan kefahaman, latihan dan teknik menjawab mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Subjek ini akan diajar oleh guru-guru pakar mengikut mata pelajaran yang terlibat.

Berikut disenaraikan jadual pelaksanaan program tersebut

1. 26.6.2010- Majlis Pelancaran dan perasmian serta Motivasi pelajar.
2. 3.7.2010- Bahasa Inggeris
3. 17.7.2010- Bahasa Melayu
4. 24.7.2010- Matematik
5. 31.7.2010- Sains
6. 7.8.2010- Majlis Penutup

Wakil PPD Alor Gajah, Tn Hj Kasim bin Mohamad dan Wakil dari pihak MARA sedang berbincang berkenaan pelaksanaan program.

Antara wakil pihak MARA yang turut hadir dalam perbincangan.



Wakil daripada Smk Rahmat yang terdiri daripada GPK1, GPK HEM, GKMP, Guru Cemerlang.


Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pihak MARA dan PPD Alor Gajah kerana telah memilih sekolah ini sebagai tempat untuk pelaksanaan program ilmu ini.

0 comments: