Pada 25 Mei yang lalu Encik Muhamad Rafee bin Abd. Latiff Ketua Unit Sekolah Menengah JPN Melaka telah melakukan lawatan ke SMK Rahmat. Seawal Pukul 7.30 pagi beliau telah sampai dan melihat kehadiran para pelajar di pintu hadapan sekolah. Seterusnya beliau telah berjumpa dengan pentadbir sekolah untuk agenda seterusnya. Semasa perhimpunan pagi beliau telah menyampaikan ucapan, pesanan, dan nasihat kepada semua pelajar.
Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas lawatan ringkas tersebut. Walaupun sekejap tetapi sungguh bermakna.
Encik Muhamad Rafee bersama pentadbir sekolah semasa perhimpunan pagi
Tn Hj Zulkapli bin Othman (pengetua) sedang menyampaikan ucapan dan memperkenalkan Encik Muhamad Rafee kepada semua pelajar.
Encik Muhamad Rafee sedang menyampaikan ucapan kepada para pelajar semasa perhimpunan pagi
Perkhabaran yang baru di terima, menyatakan bahawa Encik Muhamad Rafee bin Abd. Latiff kini telah berpindah dari JPN Melaka ke Matrikulasi Londang sebagai pensyarah di sana. Kami di Smk Rahmat mendoakan agar Encik Muhamad Rafee bin Abd. Latiff sentiasa sihat dan maju jaya dalam apa juga bidang yang dilaksanakan.
0 comments:
Catat Ulasan