Hari Inovasi 2010

Khamis, 5 Ogos 2010

Pada 5 Ogos yang lalu SMK Rahmat telah mengadakan Hari Inovasi 2010 bertempat di Dewan SMK Rahmat. Hari Inovasi ini diadakan untuk mengiktiraf warga SMK Rahmat yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pelbagai bidang dan aspek yang dinilai. Majlis ini juga menjemput dan mempelawa pihak penjaga turut sama menyaksikan anak-anak mereka mendapat anugerah dan pengiktirafan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Utz Firdaus Ishak. Diikuti pula ucapan dari pihak pentadbir sekolah iaitu Pengetua SMK Rahmat Tn Hj Zulkapli bin Hj Othman. Selepas ucapan pihak pentadbir sekolah, majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian daripada tetamu jemputan iaitu Tn Hj Kasim bin Muhamad PPD Alor Gajah. Beliau telah merasmikan majlis dan seterusnya menyampaikan hadiah dan anugerah kepada mereka yang terlibat. Hari Inovasi tamat lebih kurang pada pukul 2.30 petang

Gambar Hari Inovasi

0 comments: