Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke 53

Rabu, 4 Ogos 2010

Pada 5 Ogos yang lalu SMK Rahmat telah mengadakan pelancaran bulan kemerdekaan kali ke 53. Pelacaran telah diadakan di kantin sekolah kerana pada pagi tersebut keadaan cuaca yang hujan dan tidak dapat dilaksanakan di dataran perhimpunan. Sungguhpun begitu pelancaran pada hari tersebut dapat dilakasanakan dengan jaya bermula kira-kira pada pukul 9 pagi. Pelajar telah dikumpulkan oleh guru yang bertugas sementara menunggu ketibaan tetamu kehormat yang akan merasmikan majlis pada hari tersebut. Tetamu jemputan ialah YB Ar TN HJ Ismail bin Othman Adun Kuala Linggi merangkap Pengerusi PIBG SMK Rahmat. Ketibaan beliau diiringgi dengan paluan kompang daripada pasukan kompang sekolah dan disambut oleh Pengetua SMK Rahmat Tn Hj Zulkapli bin Hj Othman berserta barisan pentadbir sekolah. Turut mengiringgi beliau ialah barisan pesilat SMK Rahmat. Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Utz Firdaus Ishak dan seterusnya diikuti dengan ucapan pengetua dan ucapan perasmian. Setelah selesai ucapan perasmian persembahan sempena pelancaran bulan kemerdekaan dipersembahkan oleh pelajar-pelajar yang telah terpilih. Selesai persembahan majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Bahtera Merdeka yang diketuai oleh Tn Hj Rawi bin Mahmud. Sebelum majlis berakhir bacaan ikrar kemerdekaan pula dilafazkan dan diketuai oleh GPK Hem En Azmi bin Kasim. Majlis tamat setelah laungan Merdeka sebanyak 3 kali dilaungkan. Sebelum pulang tetamu kehormat dan para jemputan dijamu dengan sedikit jamuan di Kafe Sri Rahmat.

Gambar-gambar yang dapat di Shoot pada majlis tersebut

0 comments: