Kejohanan Sukan Tahunan 2011

Rabu, 29 Jun 2011

SMK Rahmat telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan pada hari Rabu( 29 Jun 2011) Kejohanan bermula pada pukul 2.30 petang setelah ketibaan tetamu jemputan hadir untuk merasmikan kejohanan. Ketibaan tetamu khas ialah Tn Ar Hj Ismail bin Hj Othman disambut oleh pentadbir sekolah dengan iringan paluan kompang dari pasukan kompang Smk Rahmat.

Seterusnya majlis dimulakan dengan lintas langsung perbarisan kontinjen kelab beruniform dan rumah sukan. Sejurus selepas itu nyayian lagu kebangsaan dinyanyikan, ikrar kejohanan dan menaikkan bendera kejohanan juga turut dilangsungkan.

Program diteruskan lagi dengan pertandingan akhir acara 100 meter dan 4 x100 m kelas satu, dua dan tiga. Turut dimeriahkan lagi denga acara tarik tali dan acara untuk tetamu yang hadir.

Keputusan keseluruhan kejohanan kali ini ialah :
Pertama: Rumah Laksamana ( Kuning)
Kedua: Rumah Temenggung (Merah)
Ketiga: Rumah Bendahara (Hijau)
Keempat: Rumah Syahbandar (Biru)

Olahragawan : Rumah Laksamana
Olahragawati: Rumah Temenggung

Kejohanan kali ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya dan tamat pada pukul 6. 15 petang setelah ditutup dengan rasminya oleh Pegawai Pelajaran Daerah, Tn Hj Kasim bin Mohamad.

0 comments: