Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Isnin, 18 Julai 2011

Pada 18 Julai 2011 yang lalu Smk Rahmat telah mengadakan sambutan pelancaran bulan kemerdekaan. Sambutan ini adalah program yang diadakan pada setiap tahun sempena memeriahkan bulan kemerdekaan negara.
Program ini bermula pada pukul 7.45 pagi setelah tibanya tetamu yang dijemput iaitu YB Datuk Ar Tn Hj Ismail bin Othman Adun Kuala Linggi ke SMK Rahmat.
Acara pertama dipersembahkan oleh pelajar dari PKBM yang dipimpin oleh Cikgu Zaidi sebagai penasihat. PKBM membawa Jalur Gemilang untuk dikibarkan. Pada masa yang sama Bendera Britain, Laungan Azan dan Petikan Audio peristiwa kemerdekaan diperdengarkan. Majlis seterusnya ialah nyanyian lagu-lagu patriotik dari seluruh warga Rahmat. Diikuti pula dengan bacaan doa, ucapan dari Ketua Bidang Kemanusian, Ucapan Tuan Pengetua, dan ucapan perasmian pelancaran dari tetamu jemputan. Seterusnya pula ikrar kemerdekaan yang dipimpin oleh Tn Hj Abdullah bin Akop dan persembahan guru serta pelajar. Majlis tamat pada pukul 9. 32 pagi. Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan Yang Ke - 54. Merdeka! Merdeka ! Merdeka!


Ketibaan tetamu jemputan di sambut oleh pentadbir sekolah

Melihat persembahan silat dan diiringi dengan paluan kompang

Tetamu jemputan bergerak menuju ke Astaka SMK Rahmat sambil diiringi oleh Tuan Pengetua

Majlis bermula dengan perarakan membawa Jalur Gemilang oleh Ahli PKBM

Barisan pentadbir dan tetamu khas

Laungan azan semasa bendera Union Jack di turunkan

Bendera Union Jack sedang diturunkan

Ahli PKBM sedang berjalan hormat membawa Jalur Gemilang untuk dinaikkan

Jalur Gemilang sedang diikat untuk dinaikkan

Barisan pentadbir sekolah yang turut serta dalam majlis tersebut


YB Datuk Ar Tn Hj Ismail bin Othman ADUN Kuala Linggi turut sama memeriahkan majlis sambutan kemerdekaan

Tn Hj Zulkapli bin Othman (Pengetua) turut bersemanagt menyanyikan lagu-lagu patriotik

Pn Rahmah binti Seleman (GPK 1) turut sama menyanyikan lagu-lagu patriotik

En Azmi bin Kasim (GPK HEM) turut bersemanagt untuk menyanyikan lagu-lagu patriotik

Pelajar Menengah Rendah juga tidak ketinggalan

Semua warga SMK Rahmat berdiri dan sama-sama menyanyikan lagu patriotik.

Para guru juga turut sama mengibarkan Jalur Gemilang

Para pelajar yang bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang

Bacaan doa dipimpin oleh Utz Solahuddin bagi memberkati perjalanan majlis

Ucapan dari Ketua Bidang kemanusiaan berkaitan dengan program dan aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang bulan kemerdekaan.

Ucapan dari Pengetua SMK Rahmat Tn Hj Zulkapli bin Othman

Persembahan nasyid dari pelajar yang turut sama untuk membuat persembahan sempena kemerdekaan

Persembahan puisi dari pelajar-pelajar yang mengambil bahagian.

Tn Hj Abdullah bin Akop sedang memimpin bacaan ikrar kemerdekaan

Barisan pentadbir dan perasmi sedang ikrar kemerdekaan

Nyanyian dari guru sempena bulan kemerdekaan

Persembahan nyanyiam dari guru yang berbakat


Semangat mengibarkan Jalur Gemilang

Tuan Pengetua, Tn Hj Zulkapli bin Othman sedang menyampaikan cenderakenangan kepada Perasmi, Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2011, YB Datuk Ar Tn Hj Ismail bin Hj Othman, Adun Kuala Linggi

0 comments: