Seharum Budi Serahmat Kasih (Di sekolah)

Khamis, 28 Julai 2011

Pada hari Khamis yang lalu bertarikh 28 Julai 2011 seluruh warga SMK Rahmat telah mengadakan majlis persaraan GPK 1 iaitu Pn Rahmah binti Seleman. Majlis bermula pada pukul 8 pagi dengan iringan paluan kompang daripada pasukan kompang sekolah. Majlis ini turut dihadiri oleh tetamu yang dijemput khas antaranya Pegawai PPD Alor Gajah Tn Hj Kasim b Mohamad, Pengetua dan GPK dari sekolah berhampiran yang turut dijemput. Majlis dimulakan dengan bacaaan doa oleh Utz Solahudin, seterus ucapan dari Tuan Pengetua SMK Rahmat iaitu Tuan Hj Zulkapli bin Othman, dikuti ucapan dari insan yang diraikan Pn Rahmah binti Seleman dan ucapan PPD Alor Gajah selaku wakil JPN. Selesai ucapan, penyampaian hadiah dan jamuan ringan.
Selesai sahaja jamuan ringkas majlis bersalaman dan lambaian perpisahan terakhir buat puan Rahmah pula menyusul.






Majlis tamat pada pukul 9.15 pagi.

0 comments: