LADAP 5/2011 : LITERASI MAKLUMAT

Sabtu, 15 Oktober 2011

LADAP kali telah diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh: 15 Oktober 2011
Hari : Sabtu
Masa. 8.oo pg hingga 1.30 petang
Tempat: Bilik Gerakan Komplek Japerun,
DUN Kuala Linggi, KS 921,
Pekan Kuala Sungai Baru,
Melaka.
LADAP kali ini adalah kerjasama dengan PKG Pengkalan Balak (07)
Program bermula dengan ucapan daripada Tn Pengetua SMK Rahmat. Beliau telah mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang hadir.
Program ceramah telah dimulakan oleh penceramah jemputan iaitu Pn Hjh Arizah bt Hashim GPM Cemerlang, SMK Klebang Besar dan diikuti pula penceramah kedua iaitu Pn Hjh Renny Azrena bt Abdul Rahman, Guru Cemerlang SMK Syed Zahiruddin.
Kedua-dua penceramah ini telah memberikan ceramahnya yang berkaitan dengan Literasi Maklumat.
Program berehat sebentar untuk untuk minum pagi dan bersambung semula dengan bengkel pembinaan modul mengikut kumpulan .
Sebelum majlis berakhir penyampaian sijil dan cenderamata telah diadakan.
Kami pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat. Sesungguhnya yang baik datang dari Allah s.w.t dan yang kurang itu datang dari kelemahan kami sendiri.. Jumpa lagi..

0 comments: