Majlis Persaraan Tn Hj Abdullah Akop (Sekolah)

Rabu, 12 Oktober 2011

Majlis ini yang bertemakan sekalung budi setulus hati telah diadakan pada 12 Oktober 2011. Majlis ini adalah untuk meraikan seorang guru SMK Rahmat yang bersara. Majlis bermula di Dataran Rahmat pada pukul 7.40 pagi. Kehadiran Tn Hj Abdullah yang menaiki motosikal berkuasa tinggi di sambut oleh pentadbir sekolah diiringgi dengan paluan kompang dan persembahan silat. Majlis diteruskan dengan ucapan dari Tn Pengetua, ucapan Tn Hj Abdullah Akop, wakil PPD En Zaili Yaakop yang turut menyampaikan watikah persaraan. Seterusnya majlis penyampaian hadiah dan sambutan hari lahir untuk guru dan staf sokongan yang lahir pada bulan Oktober, November dan Disember. Kemudian jamuan ringan telah diadakan sebelum majlis Send Off. Semua guru dan pelajar sama-sama memberikan lambaian perpisahan kepada Tn Hj Abdullah Akop. Sesungguhnya Tn Hj Abdullah telah banyak menabur bakti di sekolah ini kerana telah berkhidmat lebih kurang 11 tahun. Kami semua mendoakan agar Tn Hj Abdullah akan sihat selalu menjalani hari-hari persaraannya. Sekian....

0 comments: